
Vivo, siapa tak kenal dengan jenama yang penuh dengan inovasi dalam arena peranti pintar. Baru-baru ini, vivo sekali lagi menggegarkan dunia gajet dengan sebuah smartphone diluar jangkauan akal iaitu vivo V17 Pro dengan persediaan enam kamera berkuasa! Kemunculan peranti ini dilihat berjaya menarik minat ramai terutamanya mereka yang gemar memuat naik gambar selfie atau OOTD di sosial media. Penuh inovasi! Tetapi, adakah ia cukup terbaik? Sama-sama kita tengok…

KAMERA SUPER LENGKAP!
Rakam dan raikan moden indah bersama vivo V17 Pro! Sayang kan kalau terlepas merakam momen-momen indah bersama rakan dan insan tersayang? Nak – nak pula kalau detik indah itu takkan berulang?

Okay, dengan vivo V17 Pro mesti korang akan rasa relax je – sebab memang sesuai sangat digunakan untuk meraikan detik terindah dengan sejumlah fungsi hebat seperti Quad AI kamera yang dilengkapi lensa dengan tugas tersendiri bagi menghasilkan imej berkualiti dan terperinci – kamera utama 48MP, super wide-angle, super macro dan bokeh. Lens ini juga menyokong fungsi AI Super Night Mode dengan sokongan HDR yang dinaik taraf bersama teknologi pengurangan noise untuk menangkap keajaiban malam yang sempurna.
PERSPEKTIF BARU UNTUK SI KAKI SELFIES!
Selain itu, peranti ini juga diiringi persediaan Dual Selfie kamera dengan sokongan gabungan lensa 32MP + 8MP. Menariknya, lensa ini menyokong fungsi super wide angle yang pastinya menambah perspektif baru untuk pengalaman selfie lebih menarik terutamanya untuk paparan landskap – keluasan sehingga 105 darjah.

Lebih mengujakan, lensa ini juga diselitkan dengan fungsi Super Night selfie – bantu mengoptimumkan kecerahan gambar bagi memberi hasil lebih jelas dan cantik. Nak lagi best, kamera selfie juga disuntik dengan fungsi menarik lain termasuk Pose Master dan AI Makeup yang pastinya menjadikan diri lebih menakjubkan.
PAPARAN MELAMPAUI BATAS!
Vivo V17 Pro dilengkapi paparan penuh bersaiz 6.44” dengan panel Super AMOLED bersama nisbah aspek sebanyak 20: 9 – Paparan ini menawarkan warna gamut yang asli dan diiktiraf pensijilan TUV Rhineland untuk perlindungan mata dalam gelap. Peranti ini disertakan dengan modul kamera naik turun pintar – sekaligus meluaskan paparan tanpa sebarang cela.

Modul naik turun ini didakwa mampu bertahan sehingga 10 tahun – dengan anggaran penggunaan sebanyak 20 kali sehari. Untuk keselamatan, vivo V17 Pro diselitkan dengan teknologi cap jari dalam paparan dengan algoritma yang dioptimumkan bagi memberikan pengalaman nyahkunci peranti yang terbaik.
KELANCARAN PRESTASI LEBIH DARIPADA HAD!
Vivo V 17 Pro dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 675 – dibantu RAM sebesar 8GB dan storan dalaman 128GB. Gabungan ini sekaligus memberikan pengalaman menyeronokkan yang tidak terkira kepada pengguna, sekaligus memudahkan pengendalian sistem operasi – menjadikannya lebih lancar dan baik. Peranti ini berupaya menjalankan operasi harian dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Beralih pada ujian Geekbench, vivo V17 Pro mencatatkan markah sebanyak 507 mata untuk ujian satu teras dan 1,580 mata untuk ujian pelbagai teras. Melengkapi peranti juga adalah, bateri berkapasiti 4,100mAh yang dilengkapi sokongan Dual Engine Fast Charging yang membawakan pengalaman pengisian lebih cepat berbanding teknologi pengecasan standard.
PENGALAMAN GAMING LEBIH IMERSIF DENGAN SOKONGAN GAME CENTRE!
Vivo V 17 Pro dilengkapi ciri menarik termasuk Multi Turbo untuk pengalaman yang lebih baik – teknologi ini merupakan pengoptimal integrasi AI Turbo, Center Turbo, Game Turbo, Net Turbo dan Cooling Turbo yang bantu meningkatkan kecekapan peranti dan menjadikannya bertindak balas dengan lebih cepat.

Selain itu, sokongan Game Centre juga membawakan pengalaman permainan yang mendalam dengan menyampaikan maklumat berkaitan CPU, suhu peranti dan beban kerja data dengan tepat. Pada masa sama, ia juga berfungsi sebagai Ultra Game Mode. Melaluinya, frame-drop dapat dikurangkan sehingga 300% dan ia bantu mengoptimumkan sumber sistem bertujuan mempersembahkan prestasi permainan lebih baik.
PERSEMBAHAN ANTARAMUKA BARU LEBIH SEGAR BUGAR!
Vivo V17 Pro menggunakan antaramuka FuntouchOS 9.1 berlandaskan sistem operasi Android 9 – di mana antaramuka ini menerima peningkatan yang ketara berbanding sebelum ini. Ia juga diperkemaskan dengan teknologi tinggi yang lebih dinamik, antaranya seperti sokongan mod gelap untuk pengalaman lebih baik. Untuk makluman, fungsi ini boleh aktifkan secara automatik atau manual.

HARGA & KETERSEDIAAN
Tersedia dalam dua warna menarik seperti Knight Black dan Crystal White, vivo V17 Pro ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM1,699 untuk seunit. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza termasuk vivo Online Store, Lazada, Shopee dan rakan telco yang mengambil bahagian. Beli vivo V17 Pro : Lazada | Shopee















