4 Peranti Nokia Kini Rasmi: Nokia 7.2 & 2720 Flip Menjadi Tumpuan Ramai

Fuiyoh~semua pengeluar peranti mudah alih berlumba-lumba mengeluarkan peranti baharu mereka! Hari ini giliran Nokia pula! Sebanyak 4 model baharu telah dirasmikan, antaranya Nokia 7.2 yang telah tampil di IFA 2019 sebelum ini, Nokia 6.2, Nokia 2720 Flip yang cukup klasik dan peranti basic Nokia 110 berharga RM120.

NOKIA 7.2

Nokia 7.2 hadir dengan skrin 6.3” PureDisplay, bahagian takuk kecil meletakkan lensa 20MP. Prestasi dalaman peranti ini dikuasakan Snapdragon 660, di bawah sokongan 6GB RAM dan 128GB ROM (microSD sehingga 512GB).

Kamera pada panel belakang juga menggunakan rekaan bulatan, masing-masing diduduki oleh lensa 48MP + 5MP + 8MP yang disokong oleh sensor optik ZEISS. Bateri berkapasiti 3,500mAh dengan sokongan Adaptive Battery yang mana menjanjikan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Peranti ini dikuasakan Android 9 Pie bersama butang Google Assistant, anda boleh pilih dalam 3 warna menarik seperti Charcoal, Cyan Green atau Ice pada harga RM1,299.

 

NOKIA 2720 Flip

Peranti boleh-lipat yang sangat popular sebelum adanya paparan skrin sentuh kini kembali! Nokia 2720 Flip cukup klasik dan ia ditawarkan pada harga RM359!!!

Dari reka bentuk boleh lipat sehingga papan kekunci fizikal, Nokia 2720 Flip tampil unik tambahan adanya paparan kedua yang membolehkan anda membaca notifikasi.

Peranti ini menggunakan KaiOS dan dijana Qualcomm 205 bersama 512MB RAM dan 4GB ROM (microSD sehingga 32GB).

 

NOKIA 6.2

Nokia 6.2 mempunyai rekaan yang semirip Nokia 7.2, ia diletakkan pada kelas pertengahan tetapi tidak kurang hebat spesifikasinya. Dilengkapi paparan Pure Display, skrin 6.3 inci FHD+, Snapdragon 636, 4GB RAM, 128GB ROM yang menyokong microSD sehingga 512GB.

Ia meletakkan kamera 16MP + 5MP + 8MP pada panel belakang, manakala kamera swafoto beresolusi 8MP. Peranti dengan bateri 3,500mAh ini dijual pada harga RM899.

 

 

You might also like