
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada esok hari, TIME menawarkan 100 minit panggilan percuma kepada pengguna talian mereka. Namun bukan seperti tawaran yang biasa diberikan pembekal perkhidmatan, 100 minit panggilan percuma tersebut boleh digunakan untuk panggilan domestik dan juga antarabanagsa.
Jika anda mempunyai saudara atau rakan di luar negara, bolehlah gunakan peluang ini untuk bertanya khabar dan bersembang lama dengan mereka.
- Tawaran ini akan mula aktif pada 16 September 2016 sehingga 18 September 2016.
- Senarai negara yang boleh anda lakukan panggilan menggunakan tawaran ini.


