Sarung Pelindung Google Pixel 4 XL Bocor – Beri Gambaran Jelas Rekaan Kamera Utama

Pewaris baru Google iaitu Google Pixel 4 mula menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu. Kali ini, ia terus menjadi topik hangat apabila terdapat maklumat terbaharu mendedahkan imeh didakwa memaparkan sarung pelindung model tersebut kini bocor.

Imej tersebar sekaligus memberi gambaran jelas mengenai persediaa rekaan kamera utama pada model tersebut. Jika diteliti, Google Pixel 4XL bakal membawakan persediaan tiga kamera utama – ia merupakan peningkatan besar daripada kamera tunggal pada generasi terdahulu. Ramai membuat spekulasi, salah satu daripadanya akan menggunakan sensor Ultra-Wide. Prestasi kamera masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Pun begitu, maklumat tertitis masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu penampilan rasmi tuan empunya badan dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like