
Digi hari ini melancarkan satu ciri baharu Android bagi memudahkan pelanggan menguruskan penggunaan data mudah alih mereka. Ia merupakan hasil kolaborasi antara Google dan Kumpulan Telenor, dengan kerjasama Digi, dan boleh didapati menerusi fungsi Pelan Data Mudah Alih baharu di Android.
Pelanggan Digi yang memiliki peranti Android 4.0 dan ke atas boleh menguruskan pelan data mudah alih dan menerima notifikasi terkini mengenai status pelan data masing-masing, selain juga boleh meneliti serta membeli tawaran data yang relevan secara terus daripada tetapan Android tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.
Dengan adanya ciri Pelan Data Mudah Alih dalam Android, pengguna kini dapat menguruskan data mudah alih dan pelan harga mereka secara digital dengan lebih mudah. Digi kini sedang menjalankan fasa percubaan bersama sebahagian daripada pelanggan yang merupakan pengguna Android dan akan melancarkan ciri baharu ini kepada semua pelanggan secara berperingkat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Digi.
__________________________________
Artikel Popular:
- HONOR 10 Lite Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM749!
- HONOR Band 4 & HONOR Band 4 Running – Harga Bermula RM79
- 7 Trend Telefon Pintar Yang Bakal Popular Pada Tahun 2019

