
Selain iPhone terbaharu, Apple malaysia juga telah menyenaraikan harga bagi jam tangan pintar generasi ke-empat iaitu Apple Watch Series 4.

Jam tangan pintar ini menampilkan saiz skrin yang lebih besar dengan sedikit perubahan pada rekaan berbanding generasi sebelumnya dan pada masa sama turut meningkatkan saiz talinya kepada 40mm dan 44mm.
Di Malaysia, Apple Watch Series 4 dan Apple Watch Series 4 edisi Nike+ ditawarkan pada harga RM1,749 untuk versi 40mm dan RM1,899 bagi versi 44mm. Apple turut membuka pra-tempah sama seperti iPhone iaitu bermula 19 Oktober 2018, jam 3.01 petang.

Baca juga:

