
HARGA: RM599
Memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, Neffos C7 terbaru ini walaupun dilengkapi lensa hadapan 8 Megapiksel sahaja, tetapi turut hadir dengan ciri Beauty yang menawarkan sehingga 10 level di mana anda boleh melaraskannya sendiri mengikut keinginan sendiri.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: Neffos C7, Telefon Pintar Swafoto Pada Harga Mampu Milik!
- Reviu Eksklusif: Neffos C7, Ciri-ciri Pintar Cukup Menarik!
Di samping itu, kamera hadapan juga hadir dengan mod HDR mampu menghasilkan gambar lebih terang walaupun ketika berada di persekitan yang kurang pencahayan selain menggunakan Screen Flash. Malah mengambil gambar berkumpulan juga tidak menjadi masalah dengan adanya sokongan 86 darjah Wide Angle pada telefon pintar ini.
Manakala kamera utama telah dibekalkan lensa beresolusi 13 Megapiksel dengan sokongan auto fokus dan juga LED flash. Tidak seperti kebanyakan pengeluar hari ini yang menggunakan kamera dwi-kamera pada telefon pintar keluaran mereka, nampaknya Neffos C7 masih selesa hadir dengan sokongan satu lensa sahaja.
Beli di >> Shopee
HASIL GAMBAR
Memandangkan telefon pintar ini telah dibekalkan dengan lensa yang hampir sama dengan Xiaomi Redmi 5, kami telah mengambil beberapa keping gambar dengan mod berbeza menggunakan Neffos C7 dan juga Xiaomi Redmi 5. Mari lihat sendiri hasilnya…
Outdoor


Outdoor


Outdoor


Pemandangan


Pemandangan


Mod Malam


Swafoto Beauty


Swafoto Flash OFF/ON


Swafoto HDR

↓↓↓ Unboxing! Neffos C7