Samsung Mempatenkan Paparan Boleh Gulung Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Samsung sememangnya terkenal sebagai salah satu daripada pengeluar yang sering memfokuskan pada inovasi teknologi paparan. Selepas memperkenalkan beberapa prototaip paparan konsep dalam beberapa acara berasingan pada tahun-tahun sebelum ini, nampaknya tahun 2018 ini sekali lagi Samsung telah tampil dengan satu lagi konsep paparan yang baru sahaja dipatenkan.Memandangkan acara tahunan CES 2018 dan juga SID 2018 bakal muncul tidak lama lagi, Samsung telah mempatenkan paparan OLED yang boleh digulung. Lebih menariknya, ia akan diperkenalkan dalam dua rekaan berbeza iaitu paparan dengan keupayaan boleh digulung dalam bentuk skrol dan paparan kedua pula boleh digulung dengan rekaan seperti panel. Malah paparan kedua ini juga turut menyokong teknologi pengimbas cap jari.

Menurut sumber, inovasi teknologi paparan ini dipercayai akan digunakan pada tablet keluaran Samsung pada masa akan datang. Namun begitu masih belum dapat dipastikan bila agaknya paparan canggih ini akan dikomersialkan pada tablet keluaran Samsung.

You might also like