Speaker Pintar Xiaomi Mi AI – Kawal Peralatan Rumah Dengan Suara

Kehangatan peranti Xiaomi Mi 5X tidak terhenti setakat ini, Xiaomi baru sahaja melancarkan sebuah speaker pintar ala-ala Google Home dalam barisan produknya.

Kebolehan yang mampu dilakukan oleh speaker berbentuk segi empat seperti menara ini, anda boleh bertanyakan kepadanya keadaan cuaca, berita, peringatan, penggera masa, ukuran, mendengar muzik, malah mengawal rumah dan banyak lagi. Melalui aplikasi di telefon pintar, anda juga boleh memasang fungsi dan ciri-ciri tambahan yang lain.

Speaker ini juga dilengkapi dengan tiga susunatur pemacu yang merangkumi dua pemacu di bahagian tepi dan satu di bahagian bawah. Selain itu, konfigurasi mikrofon pula terdapat di sekeliling peranti termasuk sistem audio hadir dengan ciri pembatalan echo.

Xiaomi Mi AI dijual dengan tanda harga RMB299 (lebih kurang RM188) seunit di China.

https://www.youtube.com/watch?v=gN5FMFj1L64

 

You might also like