Honor 6C – Paparan 5.0 Inci Dan Bateri Berkapasiti 3020mAh

Sebentar tadi baru kita lihat Honor 8 Pro dilancarkan, sekarang pula giliran siri C iaitu Honor 6C yang dilancarkan di pasaran Eropah dengan harga yang berpatutan sekitar €229 (kira-kira RM1,085).

Honor 6C dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow berasaskan Huawei EMUI 4.1, paparan skrinnya adalah jenis AMOLED yang bersaiz 5.0 inci 1280 x 720 piksel. Di bahagian kamera utama pula, ia dilengkapi 13 megapiksel dengan sokongan aperture f/2.2, Phase Detection Autofocus (PDAF) dan LED flash, manakala kamera hadapan pula hanya 5 megapiksel tetapi ia tetap mampu mengambil gambar selfie yang memuaskan.

Peranti ini terdapat dalam warna kelabu, perak dan emas sebagai pilihan. Sokongan pengimbas cap jari yang menjadi biasa pada trend smartphone masa kini turut diletakkan di bahagian bawah kamera utama.

Jap…jap… kebolehan peranti ini apa macam? Oh ya…tertinggal pula pemprosesnya! Honor 6C menggunakan Qualcomm Snapdragon 435 cipset bersama 3GB RAM, serta memori dalaman 32GB yang turut menyokong kad microSD sehingga 128GB.

Spesifikasi

Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow
UI Huawei EMUI 4.1
CPU Qualcomm Snapdragon 435, Quad-core 1.4GHz
Slot SIM Hibrid Dual SIM
Paparan 5.0” AMOLED (1280 x 720)
Kamera Depan / Utama 5MP / 13MP
ROM 32GB (sokong microSD sehingga 128GB)
RAM 3GB
Bateri 3020mAh

 

You might also like