Bateri Menggunakan Aliran Cecair Sedang Dibangunkan, Membawa Pelbagai Manfaat

1070
- Iklan -

Sedikit informasi mengenai perkembangan teknologi di belakang tabir yang bakal merubah dan mencorak teknologi pada masa akan datang.

Cecair sudah lama digunakan sebagai sistem penyejukan di dalam ekosistem komponen elektrik seperti di dalam komputer, pelayan data dan banyak lagi. Aliran cecair sudah terbukti mampu menawarkan sistem penyejukan yang sangat efektif berbanding cara konvensional.

Para penyelidik di ETH Zurich dan IBM Research Zurich telah hadir dengan idea untuk menggunakan aliran cecair sebagai penjana kuasa di dalam peranti dan dalam pada masa yang sama menyejukkan peranti. Bateri jenis ini sebenarnya sudah pun digunakan pada skala industri, anda boleh melihat bateri jenis ini pada solar panel dan juga kincir angin di mana ia digunakan secara meluas untuk menyimpan kuasa.

Jika penyelidikan di ETH Zurich dan IBM Research Zurich berjaya menghasilkan unit bateri untuk peranti mudah alih menggunakan aliran cecair, mungkin bahaya akibat suhu melampau peranti dapat diselesaikan.