Mextures, Gambar Biasa-Biasa Nampak Wow~

IKONAplikasi popular yang terdapat di dalam kategori fotografi dan mendapat sambutan oleh pengguna iPhone pastinya Mextures. Aplikasi ini mampu membuatkan gambar yang diambil biasa-biasa sahaja kelihatan lebih menonjol berbanding sebelumnya dengan hanya menggunakan tekstur yang disediakan. Terdapat lebih daripada 150 jenis tekstur yang boleh digunakan dan tidak perlu menggunakan filters, hasilkan gambarnya juga unik dan sukar diduga.

editSelain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi tambahan lain yang terdiri daripada exposure, contrast, tint, white balance, black & white, highlights/shadows, sharpness serta saturation. Kongsikan hasil gambar yang telah anda cipta tersebut ke laman sosial, Instagram.

Muat Turun
You might also like