
Health Mate, Ketahui Keadaan Kesihatan Bila-Bila Masa!
Anda seorang yang pentingkan kesihatan dan ingin mengetahui bagaimana tahap kesihatan sekarang? Adakah ia normal ataupun sebaliknya? Aplikasi yang diperkenalkan untuk pengguna iOS iaitu Health Mate membolehkan pengguna mengetahui bagaimana keadaan kesihatan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan dengan bantuan jurulatih berpengalaman.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga secara automatik akan mengira kadar degupan jantung secara digital apabila anda melakukan aktiviti kecergasan. Health Mate akan memaparkan jumlah kalori yang dibakar dalam bentuk graf bagi memudahkan pengguna melihatnya kembali.