
Spaces
Spaces adalah aplikasi kepada mereka yang mahukan sistem perkongsian yang cepat dan mudah di antara ahlli-ahli di dalam kumpulan yang kecil. Cara menggunakan aplikasi ini adalah dengan mencipta space anda sendiri yang berkaitan dengan apa juga topik yang anda mahukan. Kemudian ajak kenalan menyertai space itu dengan menghantar link jemputan kepada mereka.
Di dalam space yang telah dicipta, ahli-ahli boleh meletakkan status, maklumat dan juga komen berkenaan isu yang sedang dibincangkan. Bagi memudahkan anda melakukan carian, Spaces juga mempunyai fungsi Google Search yang terbina di dalam aplikasi.
Muat Turun

