
April
April merupakan aplikasi terbaru yang dibina oleh developers sama yang membawakan aplikasi hit Camera360. Dari dalam aplikasi April, anda boleh memilih beberapa gambar untuk dijadikan imej kolaj. April sedikit berbeza dari aplikasi kolaj lain, anda boleh menetapkan apa juga jenis layout yang anda mahukan, ini bermakna anda mempunyai kebebasan untuk melakukan modifikasi.
Selain itu April juga hadir dengan filternya yang tersendiri, anda boleh mengaplikasikan filter ini kepada semua gambar di dalam kolaj bagi menghasilkan mood dan efek yang lebih selari pada semua gambar.
Muat Turun

