
King Of Thieves
Elak perangkap dan curi emas dan permata dari gua pihak lawan di dalam permainan PVP ini. King Of Thieves adalah permainan strategi yang sangat menarik di mana anda akan bersaing dengan pemain dari serata dunia dalam merebut takhta raja. Apa yang anda perlu lakukan adalah pecah masuk gua lawan dan cari jalan untuk mencuri harta di dalam gua tersebut sambil mengelak dari perangkap yang telah disediakan.
Pada masa yang sama anda juga harus memastikan gua anda susah untuk dicerobohi dengan melengkapkan pelbagai perangkap. Gunakan harta yang anda ada untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan buat karakter anda yang akan memberikannya kelebihan di dalam permainan. Terdapat juga fungsi guild yang membolehkan anda menyertai rakan-rakan dan menewaskan puak musuh.
Muat Turun
- RM0
- Bergantung pada peranti
- Bergantung pada peranti
- RM0
- 116MB
- iOS 6.0 dan ke atas


