
Contacts & Dialer by Drupe
Lupakan aplikasi phonebook tradisional yang membosankan dan dapatkan aplikasi Contacts & Dialer by Drupe yang menyatukan aplikasi kontak dan juga aplikasi komunikasi di dalam satu aplikasi yang sama. Anda hanya perlu menggunakan kaedah leretan mudah untuk mendail ataupun menghantar teks mesej.
Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih senarai kontak kegemaran yang kerap dihubungi dan kini dengan menyentuh widget pintas yang tersedia dari mana-mana paparan skrin dan leretkan sahaja kontak tersebut ke mana-mana ikon pintas yang disediakan seperti dialer, WhatsApp, emel, SMS, Facebook dan sebagainya. Apa yang pasti anda tidak lagi perlu mengakses satu persatu aplikasi jika ingin menghubungi mereka kerana aplikasi ini menawarkan cara yang lebih mudah.
Muat Turun
- RM 0
- 12 MB
- Android 4.1 dan ke atas