Rocket Alarm

Rocket Alarm IconSering bangun lewat kerana jam penggera dalam smartphone tidak berjaya membangunkan anda dari tidur? Jika ya, maka anda mesti cuba aplikasi Rocket Alarm ini. Keistimewaan pada Rocket Alarm adalah anda perlu menyelesaikan misi yang diberi dalam aplikasi ini supaya ia boleh berhenti dari berbunyi. Interaksi ini termasuk juga menyelesaikan soalan Matematik, atau membuat muka senyum mengikut misi yang dipaparkan pada skrin. Pada masa anda menyelesaikan semua misi ini, anda sudah bangun dari tidur dan tidak berasa ingin tidur balik. Keberkesanan aplikasi ini telah membantu ramai pengguna bangun pada tepat masa dan tiada alasan lewat lagi.

meitu_0

Aplikasi ini turut sokong pada Apple Watch:

meitu_0

Muat Turun:

iOS
•RM 0
•64 MB
•iOS 8.0 dan ke atas

Android
•RM 0
•23 MB
•Android 4.0.3 dan ke atas

You might also like