Lybrate – Consult a Doctor

Lybrate - Consult a Doctor Icon
Aplikasi berunsurkan kedoktoran kebanyakannya hanya setakat informasi sahaja, tetapi lain pula dengan aplikasi yang dinamakan Lybrate – Consult a Doctor ini. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 90,000 doktor berdaftar dari seluruh negara untuk membantu anda menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Pelbagai penyelesaian telah ditawarkan menerusi Lybrate, dan ia mampu menolong anda tanpa melawat ke klinik atau hospital. Di samping itu, berbual dengan doktor atas talian, mencari tips kesihatan yang bernilai, mendapatkan pendapat daripada doktor serta membuat temujanji dengan doktor yang berdekatan anda turut boleh didapati dalam aplikasi berguna ini. Jika anda salah seorang yang amat memerlukan pendapat daripada doktor, apa kata muat turun aplikasi ini, mungkin ia mampu membantu anda!meitu_0

Muat Turun:

Android
•RM 0
•Bergantung pada peranti
•Bergantung pada peranti

iOS
•RM 0
•41 MB
•iOS 8.0 dan ke atas

You might also like