Reviu Eksklusif: vivo V5s, Peranti Swafoto Dengan Kapasiti Storan Lebih Besar

HARGA: RM 1,299

vivo dengan rasminya memperkenalkan model terbaru mereka yang dikenali sebagai vivo V5s. Ia sebuah model yang telah dinaik taraf daripada model sebelumnya vivo V5. Masih memfokuskan kepada peranti swafoto yang lebih sempurna, tidak banyak perubahan ketara yang dapat dilihat pada model terbaru ini, hanya ruangan storan yang lebih besar sahaja untuk menyimpan lebih banyak gambar swafoto.

 

Dato’ Siti Nurhaliza Dipilih Sebagai Pakar Swafoto…

https://www.youtube.com/watch?v=bRBmlIAUbG4

 

SPESIFIKASI

  • Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
  • CPU: MediaTek MTK6750, Octa-core 1.5GHz
  • GPU: ARM Mali-T860 MP2
  • Kad SIM: Dual SIM / Micro SIM
  • Memori: 64GB ROM, 4GB RAM
  • Kad microSD: Sehingga 256GB
  • Skrin: 5.5 inci Corning Gorilla Glass 3
  • Kamera Utama: 13 Megapiksel
  • Flash: LED flash
  • Auto Fokus:
  • Kamera Depan: 20 Megapiksel + Selfie Softlight
  • Bluetooth: v4.1
  • WiFi: 802.11 b/g/n
  • Bateri: 3000mAh
  • Warna: Gold, Rose Gold & Matte Black

 

FIZIKAL

Rekaan Antena

Masih mengekalkan rekaan dan paparan skrin yang sama seperti V5, tetapi rekaan antena pada belakang peranti ini sedikit berbeza, di mana ia melengkung seperti huruf U.

 

Storan Lebih Besar

Jika dilihat pada saiz storan vivo V5s yang terbaru ini pula didatangkan dengan 64GB, ia menerima naik taraf daripada model sebelum ini iaitu 32GB sahaja. Dengan storan yang lebih besar, para pengguna vivo V5s dapat menyimpan lebih banyak gambar swafoto malah video rakaman yang diambil.

 

Selfie Softlight

Walaupun masih mengekalkan kamera hadapan beresolusi 20 Megapiksel untuk penggambaran swafoto, kali ini ia tampil dengan ciri Selfie Spotlight terkini untuk menghasilkan efek cahaya seperti di dalam studio.

 

APA YANG COOL?!

Pengambaran Hadapan & Utama
Kamera Hadapan

Kamera hadapan 20 Megapiksel dengan fungsi Selfie Softlight ini akan memastikan gambar swafoto anda kelihatan lebih natural dan menarik. Didatangkan dengan aperture f/2.0 membolehkan cahaya lebih banyak masuk ke dalam lensa untuk memastikan gambar yang diambil lebih jelas dan terang.

Mod Group Selfie

Selain itu, penggambaran swafoto juga lebih menawan dengan mod Face Beauty 6.0 yang baru.

Kamera Utama

Manakala kamera belakang pula, ia menggunakan sensor 13 Megapiksel f/2.2 bersama LED flash dan juga auto fokus PDAF yang pantas. Malah kehadiran beberapa mod yang boleh dicuba mampu menghasilkan gambar seperti golongan profesional.

 

FUNGSI LAIN YANG ADA PADA VIVO V5S

Pengimbas Cap Jari

Pengimbas cap jari ini menyokong tindak balas yang pantas iaitu hanya 0.2 saat dan boleh digunakan sehingga 5 jari berlainan pada satu-satu masa.

 

App Clone

Kepada pengguna yang mempunyai dua aplikasi sosial seperti WhatsApp, Line, BBM, WeChat, Zalo dan Viber, kini anda boleh menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut dengan fungsi App Clone.

 

HiFi Music

Dilengkapi dengan cip audio berkualiti HiFi daripada AK4376, V5s mampu menghasilkan kualiti audio yang sedap didengar walaupun ketika berada di persekitaran yang besar.

 

Smart Split 2.0

Kini anda boleh membaca mesej sambil menonton video serentak, dengan adanya fungsi Smart Split 2.0. Tetapi, anda perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

 

HASIL GAMBAR

Makro
Group Selfie
Indoor
Swafoto Eksklusif dari Dato’CT untuk eRing

 

KOMEN EDITOR

vivo V5s pastinya mampu menarik perhatian golongan mereka yang gemar berswafoto, kerana tampil dengan lensa hadapan beresolusi 20 Megapiksel dengan tataan cahaya khas yang dikenali sebagai Selfie Softlight bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang ketika anda mengambil swafoto di kawasan yang mempunyai cahaya terhad, serta disediakan dengan pelbagai mod menarik untuk dicuba.

Editor sendiri tertarik dengan sokongan spesifikasi peranti ini kerana ia bukan sahaja memfokuskan kepada smartphone swafoto semata-mata. Menawarkan kapasiti memori dalaman sebesar 64GB dengan RAM 4GB, sentuhan kemasan logam memperlihatkan V5s kelihatan premium dan tampil dengan ketebalan hanya 7.55mm dan harganya juga berpatutan.

Namun agak mengecewakan, kerana peranti ini tidak menyokong teknologi pengecas pantas yang editor rasa ianya penting pada masa kini, terutamanya bagi pengguna yang suka berselfie seharian.

 

 

You might also like