Neymar Dan Mascherano Menjadi Duta OPPO R9

未命名_meitu_0Baru-baru ini OPPO mengumumkan pelancaran global peranti terbaru mereka iaitu R9. Semenjak dari itu beberapa teaser dan berita selebriti terkenal memperagakan smartphone yang dilengkapi Super VOOC dan teknologi SmartSensor Image Stabilization mula tersebar di atas talian. Antara artis yang dikenal pasti telah menggunakan peranti itu adalah Yang Mi (pelakon) dan TFBOYS (artis berkumpulan lelaki), mereka merupakan artis yang sangat terkenal di China dan mempunyai jutaan peminat.

OPPO bukan sahaja menggunakan artis untuk menarik perhatian pengguna, malah terdapat beberapa imej menunjukkan bintang bola sepak dunia, Neymar dan Javier Mascherano sedang memegang OPPO R9 untuk proses rakaman iklan. OPPO sememangnya sudah menjalinkan kerjasama dengan Barcelona dengan menghasilkan OPPO R7 Plus Edisi Barcelona, jadi tidak mustahil bintang bola sepak dari Barcelona itu terlibat dengan promosi OPPO R9.

You might also like