Banner Saga 2, Permainan RPG Dengan Grafik Berkualiti Tinggi

1The Banner Saga, pertama kali dikeluarkan untuk vesi mobil pada 2 tahun yang lalu, ianya sebuah permainan dengan jalan cerita yang hebat dan juga grafik berkualiti. Kini Banner Saga 2 pula ditawarkan untuk iOS dan Android, dan dari pandang pertama, permainan ini akan memukau anda semua, terutamanya peminat RPG.

2Sekiranya anda tidak pernah bermain permainan ini, The Banner Saga adalah permainan RPG dalam dunia Norse, di mana puak Vikings hidup, mitos dan legenda diceritakan dari generasi ke generasi. Anda perlu memimpin puak anda di dalam peperangan bagi memastikan kemandirian puak dan mencipta legasi anda sendiri.

3 4

Untuk pengetahuan anda, grafik permainan ini dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tangan bagi menghasilkan grafik 2D yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai estetik. Anda pasti dapat merasai perbezaan di antara permainan ini denga permainan RPG lain yang ada di dalam pasaran.

Banner Saga 2 boleh dimainkan pada peranti Android (RM 19.99) dan iOS (USD 4.99 = RM 20.94).

You might also like