
Gameroom, Aplikasi Galeri Permainan Facebook Ala-Ala Steam
Gameroom, aplikasi klien yang membolehkan anda mengakses dengan lebih mudah dan pantas. Bagi sesiapa yang pernah atau sedang menggunakan klien Steam, anda pastinya sangat familiar dengan aplikasi seperti ini.
Anda boleh melancarkan atau menguruskan permainan dari dalam aplikasi, dan dengan antaramuka yang direka khas bagi permainan amat mudah untuk anda fokus kepada permainan tanpa gangguan dari notifikasi Facebook, mesej dari Messenger dan lain-lain.
**Gameroom hanya boleh dipasang pada komputer dengan sistem operasi Windows 7 ke atas.

