Spotify Mencecah Angka 30 Juta Pengguna Premium
Persaingan muzik streaming semakin sengit ketika ini dengan pembekal perkhidmatan berebut-rebut menawarkan kandungan eksklusif. Contohnya Tidal yang meletakkan hak eksklusif pada album terbaru Kanye West, ia hanya boleh didengari secara atas talian melalui servis streaming Tidal sahaja dan tidak ditawarkan pada mana-mana platform lain.
Namun siapa yang tidak mengenali Spotify, servis itu boleh dikatakan antara yang terpenting di dalam merevolusi dan mempopularkan servis muzik streaming secara global hingga ia menjadi satu aspek yang terpenting di dalam servis hiburan dalam peranti mudah alih.
Pada Jun tahun lalu, Spotify telah mencipta sejarah dengan mencatatkan 20 juta pengguna premium, dan berdasarkan angka tersebut Spotify berjaya menarik lebih 10 juta pengguna dalam masa 9 bulan sahaja. Kini angka tersebut telah mencapai satu lagi tanda aras baru dengan 30 juta pengguna premium pada suku pertama tahun 2016. Tahniah Spotify!

