HUAWEI P40 & P40 Pro Muncul Di TEENA Dengan Sokongan Dual Mode 5G

HUAWEI P40 & P40 Pro kini muncul di pensijilan TEENA – Ia adalah dua daripada varian siri P dengan beberapa butiran yang bocor. Menurut maklumat pensijilan TENAA, HUAWEI P40 (model ANA-AN00 / ANA-TN00) dan HUAWEI P40 Pro (model ELS-AN00 / ELS-TN00) adalah peranti dengan sokongan dual-mode 5G dan akan dilengkapi dengan pemproses Kirin 990 5G.

Ia juga dikatakan menyokong slot dual SIM dan tidak mengejutkan ia berjalan pada Android. Terdahulu, terdapat khabar angin bertiup di mana HUAWEI P40 akan dilengkapi dengan dwi kamera hadapan dan modul lensa matriks yang menempatkan sejumlah kamera – termasuk lensa utama, lensa ultra-sudut lebar dan sensor ToF.

[ S U M B E R ] 

You might also like