
Semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, tidakkah kita semua ingin balik kampung dengan sebuah kereta baru atau hias rumah dengan peralatan rumah pintar? Samsung Malaysia Electronics kini memberi peluang kepada anda!
Bermula dari 24 Mei hingga 24 Jun 2018, mereka yang membeli mana-mana peranti Samsung Galaxy berpeluang membawa pulang hadiah hebat termasuk kereta mewah dari Mercedes Benz dan Honda, motosikal skuter Vespa, peralatan rumah pintar Samsung dan kad raya yang bernilai jumlah RM2 juta!
Peraduan mudah sahaja, hanya jawab soalan dan pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui cabutan yang akan diumumkan pada bulan Julai 2018 nanti. Selain cabutan bertuah yang menarik, setiap pembelian peranti Samsung Galaxy akan menerima tawaran ganjaran percuma seperti berikut:
- Galaxy S9 / S9+: Pelan Samsung Protection Plus bernilai RM298
- Galaxy Note 8, Galaxy S8 / S8+, Galaxy A8 / A8+, Galaxy A6 / A6+, Galaxy J6: Screen Protection Plan bernilai RM149
- Galaxy A6 / A6+, Galaxy J6, Galaxy J4: Kad Hadiah Petronas edisi terhad bernilai RM20
Bersempena dengan musim perayaan, Samsung juga telah memperkenalkan 4 model baharu mereka iaitu Galaxy A6 +, Galaxy A6, Galaxy J6 dan Galaxy J4. Anda boleh dapatkan keempat-empat peranti ini di semua Samsung Experience Store dan pengedar sah dengan tanda harga bermula dari RM599.
Maklumat lanjut, layari Promosi Kempen Raya 2018.

