
Night Screen
Sekiranya anda sukar tidur malam atau tidak selesa menggunakan peranti di dalam gelap, anda mungkin terganggu oleh cahaya biru yang dipancarkan skrin peranti. Untuk cuba mengatasi masalah tersebut, muat turun aplikasi Night Screen. Aplikasi ini mempunyai dua mod, iaitu mod Default dan juga Overlay Status Bar. Perbezaan kedua-dua mod ini adalah mod Default tidak aktif pada bahagian status bar dan juga lockscreen, di mana Overlay Status Bar pula merangkumi semua antaramuka dan ianya memerlukan kebenaran sistem terlebih dahulu.
Untuk membenarkan Overlay Status Bar aktif, pergi ke Settings > Apps > (Ikon Gear) > Draw Over Other Apps > Night Screen dan aktifkan fungsi tersebut. Selepas diaktifkan, skrin peranti akan bertukar menjadi kejinggaan untuk menapis cahaya biru.
Muat Turun:

