U Mobile Tawar 15GB Data Internet Sepanjang Tahun Untuk Pelan Pascabayar HERO P70

HERO 70Berikutan permintaan yang sangat popular, U Mobile Sdn Bhd telah melanjutkan promosi 15GB data Internet untuk pelan pascabayar HERO P70 sehingga 31 Disember 2016 ini. Oleh yang demikian, pelanggan pelan HERO P70 ini hanya perlu membayar komitment bulanan dengan kadar yang sama iaitu RM70 untuk menikmati pakej menarik seperti 15GB data Internet berkelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian pada bila-bila masa tanpa sebarang sekatan. Lanjutan promosi ini tersedia untuk dinikmati oleh pelanggan baru dan sedia ada pelan HERO P70.

You might also like