
Samsung Galaxy M31 Muncul Di Penanda Aras Geekbench – Sokong Cip Pemproses Exynos 9611?
Samsung muncul dengan Samsung Galaxy M30 pada bulan Februari lalu. Kemudian, pengeluar dari Korea ini muncul pula dengan Samsung Galaxy M30s pada September lepas. Terkini, khabar angin muncul kononnya seakan memberi bayangan Samsung bakal memperkenalkan pengganti baru yang dikenali sebagai Samsung Galaxy M31 – maklumat mengenainya mula muncul di penanda aras Geekbench.
[ BACA : Samsung Galaxy M30 Rasmi – Sokong 3 Kamera Utama + Bateri 5,000 mAh ]
———————————————————————
[ BACA : Samsung Galaxy M30s Rasmi – Sokong Exynos 9611 + Bateri 6,000mAh + Kamera Utama 48MP ]
Peranti tersebut yang didakwa muncuk dengan kod nama ‘SM-M315F’ dilihat berjaya mencatatkan skor sebanyak 348 mata dalam ujian tunggal dan 1,214 mata untuk ujian pelbagai teras. Pada masa sama, penanda aras tersebut turut mendedahkan Samsung Galaxy M31 bakal menjalankan sistem operasi Android 10 dan dibekalkan sokongan memori sebesar 6GB RAM.

Tidak ketinggalan, ia juga bakal dikuasakan oleh cipset Exynos 9611 SoC – sekaligus ia bercanggah dengan kebocoran sebelum ini yang mendakwa ia bakal menggunakan Snapdragon 665 SoC. Spesifikasi lain masih belum didedahkan. Pun begitu, khabar angin bertiup mendakwa peranti ini bakal membawakan persediaan tiga kamera utama dengan paduan lensa 48MP + 12MP + 5MP. Apa pendapat korang? Ayuh kongsi dengan kami!

