
Siri OPPO Reno3 Bakal Datang Pada 26 Disember 2019!
Baru sahaja melepaskan kemas kini ColorOS7 di China, OPPO kini membuat kejutan lagi dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk pewaris baharu mereka, OPPO Reno3 – dijadulkan berlangsung pada 26 Disember 2019 dalam sebuah pelancaran berlangsung di China.

OPPO bakal memperkenalkan sekurang – kurangnya tiga model di bawah siri ini termasuk OPPO Reno3, OPPO Reno3 Versi Pro dan OPPO Reno3 Pro 5G. Terdapat sumber turut mendedahkan OPPO Reno3 bakal membawakan skrin bertakuk kecil, manakala versi Pro pula bakal dibina dengan paparan berlubang untuk kamera hadapan bersama sokongan quad kamera pada bahagian belakang.
Khabar angin lain yang bertebaran turut mendedahkan smartphone ini bakal dijana oleh Snapdragon 765G (untuk variasi Pro) dan ketebalan peranti mencecah 7.71mm sahaja. Untuk versi bukan pro, smartphone ini bakal membawakan cip pemproses MediaTek 5G MTK6885 bersama ketebalan peranti mencecah 7.96mm. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi empunya badan.



