
Sejak kehadiran Apple Watch Series 5 dengan sokongan selular, hanya Telco dari Digi sahaja yang menawarkan sokongan untuknya.
Namun pengguna Celcom dan Maxis jangan bimbang kerana mereka dikhabarkan bakal menyertakan sokongan Selular bagi peranti ini.
Seperti yang diketahui, Apple Watch Series 5 dihadirkan dengan fungsi eSIM. Hal ini memudahkan pengguna kerana menerusi Apple Watch Series 5, anda boleh terus melakukan panggilan atau menghantar mesej.
Menariknya, eSIM turut membenarkan anda menggunakan nombor telefon yang sama dengan nombor telefon utama anda.
Ia bakal ditawarkan bermula 13 Disember nanti. Jadi sama-sama kita nantikan!!
________________________________
Artikel Berkaitan:
- Miliki Apple Watch Series 5 Dengan Pelan Digi – Serendah RM79/Bulan & Pra Tempah…
- Apple Watch Series 5 Ditawarkan Bermula 1 November – Harga Bermula RM1749
- Smart Battery Case Khusus Siri iPhone 11 Kini Rasmi – Butang Khas Kamera Ditawarkan
- DXOMark Mengumumkan Skor iPhone 11 Pro Max: Mencapai 117 Mata Berada Di Tangga Ketiga

