
Peranti HTC Kembali Lagi Dengan Rekaan Klasik – Desire 19s Hadir Bersama Skrin 6.2” + Tri-Kamera
Semalam baru sahaja menyambut ketibaan peranti boleh lipat klasik dari Motorola Razr dengan teknologi terkini dan skrin futuristik, hari ini kami dikejutkan lagi dengan satu peranti klasik dari HTC, iaitu HTC Desire 19s.
Siri HTC Desire dikenali ramai dengan rekaan yang premium, kini model baharu Desire 19s tetap mengekalkan rekaan klasik dengan penambahbaikan yang lebih mendekati pasaran masa kini.
Paparan skrin 6.2 inci IPS hadir dengan sokongan nisbah 19:9, menjanjikan kualiti hiburan yang terbaik. Tambahan kapasiti bateri sebesar 3,850mAh tidak membebankan penggunaan seharian, sekiranya anda suka bergambar ia dibekalkan 16MP kamera swafoto serta 13MP + 5MP + 5MP kamera utama yang mampu menghasilkan gambar sudut lebar yang sangat menakjubkan.
HTC Desire 19s menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P22, sokong 3GB RAM dan 32GB ROM yang turut sokong kad microSD. Ia ditawarkan pada harga TWD5,990 (~RM813), dengan pilihan warna Free Blue dan Yashi Black.

