
Lenovo kini memperkenalkan Legion Battlecruiser – persediaan permainan lengkap yang dibina di dalam sebuah kenderaan yang akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula sekarang sehingga Disember 2019.

Legion Battlecruiser telah berhenti di Plaza Sungei Wang dan Kuantan City Mall pada awal bulan Oktober lalu. Malah, ada kaki gamers yang bertuah berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan barisan laptop baharu Lenovo – Lenovo Legion Y545 dan Lenovo Legion Y7000. Lokasi seterusnya adalah seperti di bawah :
- One Utama – 9 November 2019
- The Curve – 23 November 2019
- EkoCheras Mall – 30 November 2019

Lenovo Legion Y545
- Pemproses : 9th Gen Intel Core i7-9750H / 9th Gen Intel Core i5-9300H
- Sistem Operasi : Windows 10 Home
- Paparan : 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080)
- Memori : Sehingga 16GB
- Storan : Sehingga 512GB PCIe SSD & Sehingga 2TB HDD
- Audio : Harman speakers + Dolby Atmos
- Harga : RM 5,599
Lenovo Legion Y7000
- Pemproses : 9th Gen Intel Core i7-9750H / 9th Gen Intel Core i5-9300H
- Sistem Operasi : Windows 10 Home
- Paparan : 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080)
- Memori : Sehingga 32GB
- Storan : Sehingga 512GB PCIe SSD & Sehingga 2TB HDD
- Audio : Harman speakers + Dolby Atmos
- Harga : RM 3,799

Bagi yang berminat, ketersediaan bermula sekarang dan boleh dapatkan menerusi beberapa saluran berbeza termasuk laman rasmi Lenovo Malaysia dan kedai-kedai rasmi Lenovo. Dalam pada itu, Lenovo juga mengumumkan kemas kini mengenai kejohanan Legion of Champions (LoC) yang akan datang.
Lebih 1,000 pasukan dari seluruh Asia Pasifik akan bersaing ketika pusingan kelayakan yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 November ini. Malaysia bakal diwakili oleh 56 pasukan – di mana 51 pasukan mendaftar untuk PUBG dan 5 pasukan wanita pula untuk CS: GO.

