
Android 7.0 Untuk Galaxy S7 / S7 Edge Dilengkapi Grace UX
Android Nougat akan dilancarkan tidak lama lagi untuk peranti Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, kemas kini versi terbaru sistem operasi itu akan melengkapkan peranti kesayangan anda dengan Grace UX yang sebelum ini dilancarkan buat pertama kali pada Samsung Galaxy Note7.
Menurut Samsung, kemas kini Android Nougat dengan Grace UX akan menambah baik fungsi Always On Display dan beberapa ciri lain yang belum didedahkan kepada umum. Samsung menjanjikan versi terbaru ini akan dilancarkan kepada pengguna dalam masa dua atau tiga bulan, namun tidak mengejutkan sekiranya pelancaran tersebut tertangguh buat sedikit masa dengan masalah besar yang dihadapai Samsung baru-baru ini.

