
Bagi meraikan kepelbagaian seni dan budaya dari seluruh dunia, Honor of Kings dengan penuh semangat menjemput para pemain untuk menyelami dunia Limbo, serta menikmati siri skin asal yang diinspirasikan daripada kisah rakyat dan legenda spiritual tentang alam ghaib yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya di Amerika Latin, Asia Tenggara, dan Timur Tengah.
Dalam jalan cerita baharu yang penuh fantasi ini, pemain akan dibawa ke Limbo Realm, di mana selepas letupan Nucleus yang mengawal zon tersebut, satu masyarakat baharu telah muncul dengan pelbagai puak yang berbeza. Tiga Hero, masing-masing mewakili puak yang bertentangan, berdepan dengan pilihan sukar antara tanggungjawab dan perasaan — keputusan yang bakal menentukan nasib mereka serta masa depan bangsa mereka. Apakah takdir yang menanti mereka?
Bermula hari ini hingga 13 November, selami dunia Limbo, bab terbaharu dalam alam semesta Honor of Kings, di mana pemain boleh mendapatkan skin asal eksklusif untuk tiga Hero — Donghuang the Noble, Milady the Witch, dan Biron the Undead, serta pelbagai ganjaran menarik lain melalui aktiviti dan acara khas.

Kekal Aktif, Raih Tuah, dan Dapatkan Skin serta Background Eksklusif!
Dari 30 Oktober hingga 27 November, pemain boleh menyertai acara dalam permainan EXPLORE THE WASTES untuk memperoleh Kupon Cabutan Bertuah dengan melengkapkan misi aktif atau melalui pembelian terus. Gunakan kupon tersebut untuk membuka petak — sama ada satu demi satu atau sehingga lima sekaligus — bagi peluang memenangi skin eksklusif. Terdapat jumlah 30 petak keseluruhan, dengan ganjaran berikut dijamin: 10 cabutan: Skin Epik Donghuang – Doomdealer, 20 cabutan: Kotak Pilihan Skin Baharu Biron / Milady, dan 30 cabutan: Kotak Pilihan Kedua
Skins including:
- Milady – Swampseer
- Biron – Deathmerc
- Donghuang – Doomdealer (Boleh didapati secara percuma dengan melengkapkan misi aktif)
- Dijamin diperoleh selepas 10 cabutan!
- Lengkapkan misi aktif untuk mendapatkan sehingga 12 cabutan percuma!
Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan Background Limbo melalui Cabutan Pakej Latar Belakang Limbo dari 5 November hingga 4 Disember.
Acara Koleksi Kad Limbo
Dari 6 hingga 27 November, kekal aktif dan lengkapkan misi untuk memperoleh pek kad Limbo. Kad baharu (bukan pendua) boleh diaktifkan untuk membantu melengkapkan misi pencapaian dan membuka ganjaran khas. Kad pendua pula boleh ditukar dengan pemain lain atau dihancurkan (disenchant). Kad yang dihancurkan boleh ditukar semula kepada pek kad atau kad pilihan tertentu. Ganjaran termasuk:
- Outfit Flowborn bertema Limbo dan skin Golden Post
Buka Set Skin “Dia de los Muertos” dan Nikmati Pulangan Token!
Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan Set Skin “Dia de los Muertos” melalui pembelian terus, dan menyertai acara Pulangan Token (Cashback) berikut:
Angela – Ferrier of Souls
- Tersedia dari 1–7 November pada harga 710 Token
- Tersedia dari 8–30 November pada harga 888 Token
Setelah memperoleh skin Angela – Ferrier of Souls, pemain boleh menyertai acara Pulangan Token Skin yang berlangsung dari 1–30 November:
Kupon Token Terhad
- 100 Kupon Token — Boleh diperoleh dengan log masuk pada 8–9 November (1 tuntutan sahaja)
- 110 Kupon Token — Boleh diperoleh dengan log masuk pada 15–16 November (1 tuntutan sahaja)
- 200 Kupon Token — Boleh diperoleh dengan log masuk pada 22–23 November (1 tuntutan sahaja)
- 300 Kupon Token — Boleh diperoleh dengan log masuk pada 29–30 November (1 tuntutan sahaja)
Tambahan pula, selepas mendapatkan skin Angela – Ferrier of Souls antara 1–7 November, pemain boleh membeli skin berikut dengan diskaun 150 Kupon Token, terhad kepada satu tuntutan sahaja: Sun Ce – Driver of Souls.
Dalam perkembangan lain, kami dengan sukacitanya berkongsi bahawa Honor of Kings telah menerima anugerah “Best MOBA Game Partner” daripada Universal Products & Experiences, hasil kolaborasi berjaya dengan Jurassic World Rebirth.

