

Xiaomi, sebuah syarikat elektronik pengguna dan pengeluar pintar, telah memperkenalkan Mijia Refrigerator Cross Door 510L terbarunya di Malaysia. Direka khas untuk menyatukan penyejukan pintar dan rekaan moden ke dalam rumah-rumah Malaysia masa kini, peti sejuk ini menawarkan ruang simpanan 510 liter, ciri-ciri kesegaran inovatif, keserasian rumah pintar, serta kemasan kelabu batu yang elegan dan serasi dengan mana-mana dapur.
Siri Mijia merupakan teras kepada komitmen Xiaomi terhadap gaya hidup pintar menyeluruh, membolehkan pengguna menikmati kehidupan yang saling berhubung melalui pelbagai produk rumah pintar. Dari peralatan utama dan gajet dapur, hinggalah ke keperluan perjalanan, ekosistem Mijia memberi pengalaman peribadi dan mesra pengguna, selaras dengan visi strategik Xiaomi: [Manusia × Kereta × Rumah]. Segala keperluan bersatu dalam satu sistem pintar yang harmoni.
Penyejukan Tepat untuk Setiap Bahan Makanan
Mijia Refrigerator Cross Door 510L dilengkapi dengan zon pintar yang direka untuk gaya hidup moden. Ciri i Fresh convertible zone membolehkan suhu boleh dilaraskan dari -1°C hingga 5°C, sesuai untuk pelbagai jenis makanan. Teknologi Ag+ Fresh dengan modul ion perak menyingkirkan 99.99% bakteria dan bau, memastikan ruang penyimpanan kekal bersih dan segar.¹ ²
Direka untuk Gaya Hidup Berhubung
Sambungan pintar memudahkan kehidupan harian. Ciri Wi-Fi terbina dalam membolehkan pengguna melaras suhu, menukar mod dan menerima notifikasi secara masa nyata melalui aplikasi Xiaomi Home. Peti sejuk ini turut menyokong integrasi rumah pintar, kemas kini perisian OTA, dan diagnosis kendiri 24 jam untuk prestasi jangka panjang yang boleh dipercayai.
Amaran pintar akan diberi jika pintu terbuka lebih dua minit, membantu menjimatkan tenaga dan mengekalkan kesegaran. Ia turut menyokong kawalan suara bebas tangan melalui Google Assistant³, membolehkan pelarasan suhu dilakukan dengan hanya arahan suara.
Kawalan Mudah untuk Keselesaan Maksimum
Dengan sistem inverter berkembar, ia menawarkan prestasi penyejukan stabil, penjimatan tenaga dan operasi senyap—ideal untuk kediaman yang tenang. Panel sentuh hadapan memudahkan kawalan suhu dan mod secara intuitif. Dengan sudut bukaan pintu 90°, laci dalaman boleh diakses walaupun peti sejuk diletakkan berhampiran dinding—praktikal untuk ruang yang sempit. Kemasan luar yang bergaya kelabu logam pula menyerlahkan sentuhan minimalis moden di dapur anda.
Harga & Ketersediaan
Mijia Refrigerator Cross Door 510L akan mula dijual di Malaysia pada 5 Jun jam 8 malam pada harga RM2,899 di kedai rasmi Xiaomi terpilih, mi.com, dan Xiaomi Official Store di Lazada dan Shopee.
Nikmati harga promosi early bird RM2,399 untuk masa terhad!
Untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia, setiap pembelian disertakan dengan penghantaran dan pemasangan percuma. Peti sejuk ini dilindungi dengan waranti am 2 tahun dan waranti pemampat 10 tahun, memberikan ketenangan jangka panjang.
📍 Kunjungi Xiaomi Store terpilih hari ini:
- IPC Shopping Centre
- Central i-City
- AEON Mall Bukit Tinggi
- Setia City Mall
- Pavilion KL
- Setapak Central
- IOI Mall Puchong
- The Mines
- Queensbay Mall
- Gurney Plaza
- AEON Mall Bandaraya Melaka

