
Sedia maklum, pewaris baru Apple iaitu siri iPhone 11 disertakan dengan sistem operasi baharu, iOS 13. Seiring itu, Apple kini mendedahkan bahawa sistem operasi tersebut akan mula ditawarkan kepada pengguna bermula 20 September depan.

Bercakap mengenai iOS 13 – sistem operasi ini dilihat tampil dengan sejumlah kemasan serba baharu yang dilihat pasti memuaskan pengguna. Antaranya : mod gelap, CarPlay Dashboard, kemas kini pada Apple Maps, pembaharuan pada aplikasi kamera, Memoji lebih menarik, penambahbaikan keselamatan dan banyak lagi.


