
Gading Merah, filem terbaru Maxis Rojak 360° (dari siri filem 360° pertama Malaysia), kini boleh disaksikan di saluran YouTube Maxis. Pembikin filem terkemuka filem ini, Junad Mohd Nor, telah membuat keputusan untuk menayangkan filem beliau buat pertama sekali bersama dengan kakitangan Maxis hari ini di Menara Maxis – lengkap dengan popcorn dan kanta Realiti Maya (Virtual Reality – VR).
“Kami amat gembira bahawa salah satu pembikin filem terkemuka Malaysia telah membuat keputusan untuk meraikan tayangan filemnya buat pertama kali bersama kami di Maxis, terutamanya bersempena Hari Malaysia yang akan datang,” kata Bernard Lee, Ketua Pemasaran Komunikasi Maxis.
Filem Junad adalah filem ke-empat yang akan ditayangkan menggunakan teknologi canggih VR yang boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube. “Filem Gading Merah menekankan kepentingan perpaduan. Kerana apabila kita bersatu, tiada apa yang mustahil,” kata Junad Mohd Nor. Filem beliau, bertajuk Ikal Mayang’s Odah, juga telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan.

