
Menerusi laman Facebook, Huawei Malaysia telah mengumumkan ketibaan Huawei P9 yang lebih berkuasa dengan warna baru. Peminat merah jambu terutamanya golongan wanita kini boleh menjadikan Huawei P9 Emas Ros, sebagai salah satu pelengkap aksesori harian mereka dan diperkenalkan dalam edisi terhad.
Di pasaran Malaysia, peranti ini hanya menawarkan sebanyak 999 unit sahaja. Lebih menarik, P9 yang ditawarkan dalam edisi terhad ini menyokong memori dalaman dan RAM yang lebih besar berbanding model sedia ada, iaitu 4GB RAM dan memori dalaman sebesar 64GB berbanding hanya 32GB dan 3GB RAM sahaja pada sebelum ini. Spesifikasi lain yang disokong masih sama seperti model P9 sebelumnya.
Huawei P9 edisi terhad ini telahpun mula dijual di pasaran tempatan dengan harga RM2,399 (termasuk GST) dan sempena dengan promosi #Weito Hari Malaysia, semua pembeli Huawei P9 akan menerima hadiah misteri bernilai RM259.

