
Hi gais! OPPO kini menawarkan perkhidmatan menarik, OPPO 1 hours Flash Fix Service – di mana korang boleh baik pulih peranti OPPO hanya dalam masa satu jam sahaja! Perkhidmatan ini dianjurkan selaras dengan usaha mereka untuk memberi pengalaman terbaik buat pengguna.

OPPO 1 Hours Flash Fix Service menyediakan perkhidmatan baik pulih dalam masa satu jam tanpa sebarang bayaran – kecuali peranti tersebut memerlukan penggantian bahagian dalaman yang baru. Pun begitu, OPPO tetap menyediakan perkhidmatan baik pulih secara percuma hanya untuk peranti yang masih dalam tempoh jaminan – kecuali kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian.
Sekiranya proses membaik pulih melebihi masa yang dijanjikan – OPPO akan memberikan hadiah menarik termasuk: OPPO Type-C cable, OPPO headphone dan banyak lagi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan yang menunggu lama (bergantung kepada ketersediaan).
SENARAI LOKASI TERPILIH :
| Outlets | Address | Contact Number | Operating hours |
| Kuala Lumpur OPPO service centre | Lot 1.35 C & D, First Floor, Podium Block Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur | 03-21103448 | 10.00am-7.00pm |
| Kuching OPPO service centre | Groundfloor, Parcel No.B1.1, Lot 3338, The Laksamana Commercial, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93350 Kuching, Sarawak. | 082-549790 | 9.00am-6.00pm |
| Kota Bharu OPPO service centre | S/27, PT 758, Ground Floor, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. | 09-7405002 | 9.00am-6.00pm |
| Johor Bharu (ULU TIRAM) OPPO service centre | 80, Jalan Gaya 1, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor | 07-8620198 | 9.00am-6.00pm |
Bagi yang berminat, OPPO 1 Hours Flash Fix Service kini tersedia di beberapa pusat servis OPPO terpilih di Malaysia [RUJUK SENARAI DI ATAS] . Maklumat lanjut, layari OPPO dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Jangan lupa like Facebook kami untuk lebih update!

