
Gambaran Awal Samsung Galaxy S11 Terdedah! Rekaan Skrin Berlubang Kecil + Empat Kamera?!

Siri Samsung Galaxy Note 10 baru sahaja diperkenalkan secara rasmi di seluruh dunia, terbaru laman sesawang terdedah pula gambaran awal bagi Samsung Galaxy S11.
[ 10 Penambahbaikan Samsung Galaxy Note 10!!! WOWW Gilerrr!!! ]
Menerusi gambar terdedah, Galaxy S11 masih menggunakan rekaan skrin berlubang pada sisi kanan dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang agak menarik. Manakala bahagian panel belakang nampaknya rekaan empat kamera telah berubah dari mendatar ke menegak, yang agak pelik adalah kehadiran LED flash pada sebelah kamera ketiga.

Kelihatan Samsung mungkin akan mengeluarkan warna yang lebih cerah dan moden pada siri S11 akan datang, apa-apa kekalkan bersama kami untuk sebarang maklumat terkini mengenai siri ini.
[ [ Reviu Eksklusif ] Samsung Galaxy S10+ : Peranti Serba Moden Dengan Spesifikasi Sempurna Yang Tiada Tolok Banding ]

