
OPPO Reno 2 Hadir Bersama Sokongan Empat Kamera + 20x Zum?! Bakal Dilancarkan Pada 28 Ogos 2019
Siri OPPO Reno terkenal dengan keupayaan zum pada kameranya, di samping itu rekaan kamera depan seperti shark fin juga merupakan satu evolusi baharu dalam perkembangan teknologi peranti pintar.
Terkini mengikut apa yang didedahkan di laman sesawang, OPPO akan melancarkan siri baharu OPPO Reno 2 bertempat di India pada 28 Ogos ini. Walaupun tiada maklumat lebih terperinci didedahkan, namun terdapat gambar peranti yang dikatakan benar tertiris oleh netizen.
Menerusi gambar tersebut, jelas nampak kamera pada panel belakang menggunakan rekaan empat lensa, sementara bahagian hadapan mempunyai bezel yang sangat nipis pada paparan skrin. Keupayaan zum kamera kali ini telah dipertingkatkan kepada 20x, dan ini merupakan salah satu fokus utama yang diberikan apabila Reno 2 dirasmikan.
[ [ Kongsi Gambar ] : Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa OPPO Reno 10x Zoom ]
Spesifikasi lain yang diyakinkan bakal sokong pada Reno 2 adalah paparan skrin AMOLED 6.43 inci FHD+ (2400 x 1080 piksel) dan bateri 4,065mAh.
[ SUMBER ]



