Samsung Umum Exynos 9825 – Pemprosesan Peranti Mudah Alih 7nm EUV Pertama Samsung

Samsung kini mengumumkan cipset terkini keluarannya, Exynos 9825. Ia merupakan pemproses mudah alih 7nm EUV pertama Samsung. Ia pewaris baru kepada Exynos 9820 yang digunakan pada siri Samsung Galaxy S10 – sekaligus terdapat peningkatan dan kecekapan tenaga. Apakah pembaharuan pada Exynos 9825?

Exynos 9825 dikatakan sebagai cip silikon 7nm EUV pertama industri. Exynos 9825 adalah pemproses octa-core dengan CPU 2x 4 gen berpasangan dengan teras 2x Cortex-A75 dan teras 4x Cortex-A55. Konfigurasi ini adalah serupa dengan Exynos 9820. GPU digunakan adalah Mali-G76 MP12.

https://twitter.com/SamsungExynos/status/1158882974311620608?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1158882974311620608&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizmochina.com%2F2019%2F08%2F07%2Fexynos-9825-arrives-as-samsungs-first-7nm-euv-mobile-processor%2F

Exynos 9825 juga mengintegrasikan NPU bersepadu untuk pemprosesan berorientasi AI. Selain itu, ia turut menyokong penyimpanan berasaskan UFS 3.0 dan UFS 2.1 berserta LPDDR4x RAM. Cip ini mempunyai modem 4G LTE secara terbina tetapi boleh dipadankan dengan Exynos Modem 5100 untuk sokongan 5G. Ia turut menyokong persediaan pelbagai kamera dan menyokong paparan 4K UHD (4096 x 2160) serta WQUXGA ( 3840 x 2400).

You might also like