
[Ura-Ura] : Redmi Note 8 Bakal Muncul Tidak Lama Lagi – Tampil Lebih Berkuasa?
Media sosial kecoh mengenai Redmi Note 8 bakal muncul tidak lama lagi. Desas-desus mengenainya diperkuatkan lagi apabila Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing mengatakan bahawa Redmi 8 kini sedang dibangunkan. Beliau menambah, peranti berkenaan dikatakan tampil lebih berkuasa berbanding pesaing setara.

Pun begitu, spesifikasi mengenainya masih belum dikongsi. Namun, desas-desus mengatakan peranti ini mungkin didatangkan dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T – berdasarkan khabar angin sebelum ini kedengaran bahawa Redmi bakal melancarkan peranti pintar berasaskan permainan tidak lama lagi. Apa yang anda harapkan untuk model kali ini?
[SUMBER]

