Lazada Utamakan Bekalan Barangan Runcit & Keperluan Harian Semasa PKP 3.0 Dengan Penghantaran 24 Hingga 48 Jam

Sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan barangan runcit dalam talian yang semakin meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan, Lazada telah mengukuhkan operasi logistiknya dengan khidmat penghantaran 24 hingga 48 jam, sambil menyokong rakyat dengan jutaan baucar Penghantaran Percuma setiap hari bagi barangan keperluan. 

Pembeli dalam talian boleh mendapatkan akses mudah kepada bekalan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut, dan bahan masak yang segar, serta barangan keperluan harian daripada ribuan peniaga runcit di halaman ‘Shop From Home’ menerusi pautan (http://lzd.co/MalaysiaShopFromHome). Berjuta-juta baucar harian Penghantaran Percuma* juga disediakan di halaman tersebut dan akan dibekalkan semula setiap hari pada jam 12 tengah malam, untuk memberi bantuan ekonomi kepada rakyat Malaysia yang mendapatkan barangan keperluan di dalam talian. Peniaga-peniaga terpilih di halaman tersebut juga mempunyai penghantaran hari sama, 24 jam, dan 48 jam di Lembah Klang*. 

Selepas gigih berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun lepas, para peniaga runcit yang mengekalkan prestasi dan produk yang berkualiti tinggi telah berjaya mendapatkan kepercayaan komuniti tempatan, seperti yang dilihat daripada penarafan positif mereka yang tinggi. Antara peniaga tempatan kegemaran daripada halaman ‘Shop From Home’ termasuk: 

  • Cameron Farmers (Penarafan Positif 95%): Penjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
  • Fully Fishery (Penarafan Positif 97%): Peniaga makanan laut seperti salmon, kod, dan kerang.
  • Panjang Kee Chicken (Penarafan Positif 99%): Peruncit menawarkan hasil ternakan ayam dan telur.
  • GST Fresh Mart (Penarafan Positif 96%): Peniaga menawarkan daging beku dan daging merah.
  • Chop Tong Guan (Penarafan Positif 95%): Penjual buah-buahan, seperti epal, oren, dan buah beri.
  • ifresh (Penarafan Positif 95%): Kedai serbaneka yang menjual perasa, sos, jem, dan rempah.
  • Signature Market (Penarafan Positif 97%): Jenama LazMall menawarkan snek sihat sedia dibungkus. 
  • Nestle Ice Cream (Penarafan Positif 90%): Jenama LazMall yang menawarkan pelbagai ais krim.
  • Jocom (Penarafan Positif 92%): Peniaga menawarkan minuman segera dan minuman berkarbonat.
  • Grocery Store (Lebih 200,000 Pengikut): Kedai LazMall menawarkan bekalan isi rumah. 

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dialu-alukan untuk mendaftar sebagai penjual baharu di Lazada, tanpa kos, menerusi pautan ini (http://lzd.co/SellOnLazadaMY) dengan memanfaatkan pakej rangsangan Lazada Pintar Niaga

You might also like