
[TERTIRIS] : Ujian Benchmark Antutu HONOR 9X Didedahkan – Catat Prestasi Ohsem!
Terdahulu, HONOR telah pun berkongsi mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk pendatang baru mereka, HONOR 9X yang dijadualkan berlangsung di China pada 23 Julai kelak. Kemudian, diikuti pula dengan kebocoran imej memaparkan reka bentuk peranti.

Terkini, muncul pula maklumat tertiris mendedahkan Antutu secara rasmi mendedahkan skor penanda aras untuk model ini – mencatatkan sebanyak 237,000 mata. Difahamkan, jumlah tersebut dikatakan lebih tinggi berbanding Kirin 970, Snapdragon 730 dan Snapdragon 835.
Pada posting yang sama, Antutu turut menyatakan Honor 9X dilengkapi cip pemproses Kirin 810 (7nm) dengan dua teras Cortex-A76 mencatatkan pada 2.27GHz dan enam teras Cortex-A55 dengan kekerapan 1.88GHz.

Pun begitu, maklumat tertiris masih pada tahap ‘rumors’ dan segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak! Mungkin kita bakal mendengar banyakl lagi maklumat mengenai model ini dari masa ke semasa. kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!

