
HUAWEI Kini Dibenarkan Kembali Untuk Berurusan Dengan Amerika Syarikat
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meletakkan HUAWEI dalam senarai hitam yang menghalang syarikat gergasi itu daripada menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan syarikat teknologi Amerika Syarikat – ekoran mendakwa HUAWEI menjadi pengintip rahsia kerajaan China sekaligus menganggap sebagai ancaman keselamatan.

Bagaimanapun, Trump dikatakan telah menarik semula sekatan tersebut dan kini kembali berurusan dengan HUAWEI. Memetik beberapa sumber, keputusan ini dibuat selepas pertemuan beliau bersama President China, Xi Jinping ketika persidangan G20 yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau berkata, ramai sedar betapa banyaknya produk daripada AS yang dijual kepada HUAWEI menjadi penyumbang besar kepada pembangunan mereka. Trump menambah, beliau membenarkan produk dari AS diteruskan penjualannya ke syarikat China. Trump juga dikatakan bersetuju untuk tidak mengenakan tarif ke atas China.

