Apple Music Peroleh Lebih 60 juta Pelanggan!!!

Apple yang merupakan syarikat peranti pintar terkenal dunia ini pastinya menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah perkhidmatan muzik yang dikenali sebagai Apple Music.

Terkini, Apple dikhabarkan telah mempunyai 60 juta pelanggan di seluruh dunia. Sebelum ini ia memcapai 50 juta pelanggan pada bulan April lalu. Dalam tempoh dua bulan, mereka mampu menarik 10 juta pelanggan baharu.

Pada ketika ini, pesaing terdekat Apple Music adalah Spotify yang menerajui takhta paling ramai pelanggan dengan 100 juta orang.

You might also like