
WOW! WOW! WOW! Dia dah nak datang dahhhh! HUAWEI hari ini berkongsi berita gembira dengan mengesahkan HUAWEI P30 Pro Amber Sunrise (8GB + 512GB) bakal tersedia di pasaran tempatan tidak lama lagi!

HUAWEI P30 Pro versi Amber Sunrise ditawarkan pada harga RM 4,399 dan ketersediaan adalah bermula 18 Mei 2019 (12 jam tengah malam ini). Lebih menarik lagi, pembelian peranti ini didatangkan dengan HUAWEI TalkBand B5 secara percuma – sempena promosi “HUAWEI Ramadhan Specials”.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh HUAWEI menerusi Facebook rasmi mereka. Bagi yang berminat, anda boleh membeli peranti ini menerusi beberapa saluran berbeza seperti HUAWEI Online Store dan HUAWEI Experience Store. Beli jangan tak beli okay! Maklumat lanjut, layari HUAWEI Mobile.

