
Apple Beli 25 Syarikat Kecil Dalam Tempoh 6 Bulan, Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran
Siapa yang tidak kenal syarikat gergasi peranti pintar Apple yang sering memacu pertumbuhan kewangan syarikat tersebut ke hadapan yang mana sekaligus mempunyai lebihan kewangan yang sangat tinggi.
Justeru tidak hairanlah syarikat berkenaan secara purata telah membeli syarikat kecil lain setiap 2 atau 3 minggu sekali. Menurut Tim Cook menerusi satu temu ramah di CNBC dalam tempoh 6 bulan, mereka telah membeli sebanyak kira-kira 25 buah syarikat.
Kadang-kala proses pengambil-alihan ini dilakukan bagi mendapatkan tenaga kerja, Paten, dan kepakaran syarikat terbabit. Namun seperti biasa, Apple tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut.
Menurut Tim Cook lagi, kebanyakkan syarikat tersebut dapat disesuaikan dengan tujuan strategik Apple yang mana ia mengukuhkan lagi kedudukan Apple di pasaran.

